Ahad, 25 November 2012

Bersuci daripada najis...

BERSUCI

=Membersihkan tubuh badan,pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas.

NAJIS

=Benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.

Najis terbahagi kepada 2  iaitu:

~NAJIS HUKMI  : Najis yang tidak dapat dilihat zatnya. Contohnya  air kencing yang sudah kering.

~NAJIS AINI : Najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering seperti darah dan tahi.


JENIS-JENIS NAJIS

1. Najis Mukhaffafah - Najis Ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah dan hanya minum susu ibunya sahaja.

2. Najis Mutawassitah - Najis Sederhana atau pertengahan. Contohnya tahi,darah,air kencing,arak,nanah dan lain-lain.

3. Najis Mughallazah - Najis Berat iaitu najis anjing dan babi serta keturunannya dan segala yang keluar dari kedua-duanya.

 CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS

NAJIS MUKHAFFAFAH  - Lapkan najis dengan kain kering kemudian renjiskan dengan air mutlak akhir sekali lap sehingga kering tempat najis itu kering.

NAJIS MUTAWASSITAH - Buangkan najis,cuci tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga diyakini bersih dan hilang bau,warna dan rasa.

NAJIS MUGHALLAZAH - Buangkan najis,cuci tempat terkena najis dengan air bercampur tanah satu kali kemudian cuci atau siram dengan air bersih ( mutlak ) sebanyak 6 kali sehingga hilang bau,warna adan rasa.

ALAT-ALAT BERSUCI

1. Air Mutlak - Air Hujan
                     - Air Laut
                     - Air Sungai
                     - Air Perigi
                     - Air Mata air
                     - Air Embun
                     - Air Salji
2. Tanah
3. Benda-benda kesat ( batu,daun,kertas dan lain-lain )

HIKMAH BERSUCI

Antara hikmah yang dapat kita perolehi melalui amalan bersuci :

~ Ibadah seseorang diterima oleh Allah.
~ Diberi pahala oleh Allah.
~ Badan akan kelihatan sentiasa bersih dan harum.
~ Disukai oleh Allah dan rakan.

KEBURUKAN TIDAK BERSUCI

~ Dimurkai oleh Allah dan akan diberi balasan dosa.
~ Badan akan sentiasa dan mudah dijangkiti penyakit
~ Badan menjadi tidak selesa
~ Dihindari  rakan dan masyarakat.


SOALAN  LATIHAN

Arahan : Tuliskan sama ada najis atau bukan najis pada pernyataan berikut.

a. Darah                          (         )
b. Tahi mata                    (         )
c. Air mata air                 (         )
d. Air kencing  kucing     (         )
e. Tanah Lumpur             (         )
f. Peluh                             (        )
g. Bangkai ikan                 (        )
h. Semut                            (        )
i. Air  Arak                        (        )



  



3 ulasan:

  1. Tahniah, blog yang menarik dan pengisian yang berguna.

    BalasPadam
  2. Tahniah ! Berjaya melengkapkan blogs ini

    BalasPadam
  3. Tahniah kak Pah, blog yang sangat menarik...

    BalasPadam