Selasa, 13 November 2012

Solat Berjemaah

PENGERTIAN...

#Solat yang dilakukan 2 orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam & disertai dengan niat berjemaah.



HUKUM SOLAT BERJEMAAH...

FARDU KIFAYAH=Orang lelaki disesuatu tempat bagi semua solat fardu kecuali solat Jumaat.

FARDU AIN=Setiap lelaki bagi solat Jumaat.

SUNAT=Solat -solat sunat seperti solat Hari Raya.



LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH...

NIAT IMAM="Sahaja aku bersolat fardu Zohor 4 rakaat tunai imam kerana Allah Taala.

NIAT MAKMUM="Sahaja aku bersolat fardu Zohor 4 rakaat tunai makmum kerana Allah Taala.



KEDUDUKAN MAKMUM DALAM SOLAT BERJEMAAH...

#Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki.

#Imam lelaki dengan beberapa orang makmun lelaki.

#Seorang imam perempuan dengan seorang makmun perempuan.

#Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa,dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan.

#Imam lelaki dengan seorang makmum lelaki dewasa,dua orang kanak-kanak lelaki,dua orang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

#Imam perempuan dengan beberapa orang makmum perempuan. (imam ditengah makmum)



SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH...


  • Niat mengikut imam bagi makmum.
  • Takbir Ihram makmum tidak mendahului takbir Ihram imam.
  • Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikuti pergerakan imam.
  • Makmum mengetahui pergerakan imam.
  • Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam.


KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH...


#Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.#Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama Islam.#Membantu menambah khushuk dalam solat.#Hidup diberkati Allah.#Berpeluang menambah ilmu.



SOALAN LATIH TUBI....



#Nyatakan maksud "masbuk"....
#Senaraikan 3 kelebihan solat berjemaah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan